Date: Khamis, Januari 16, 2025
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JKR atas segala sumbangan, usaha dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2024. Sekaligus, berharap semoga tahun 2025 ini menyuntik semangat untuk terus optimis dan proaktif dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pemegang taruh. Di akhir ucapan, beliau mengingatkan warga JKR perlu sentiasa berusaha untuk meneroka, mencari idea serta menghasilkan inovasi baharu agar jabatan kekal menjadi pakar rujuk dan peneraju industi pembinaan negara.
Selain itu, Majlis Amanat KPKR pada tahun ini turut menggabungkan beberapa pelancaran program serta tayangan montaj seperti berikut:
Pada 16 Januari 2025 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Tahun 2025 bersama warga JKR bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Majlis yang bermula sekitar jam 9.00 pagi turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Atasan JKR Malaysia, YBrs.Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah dan warga JKR.
Warga JKR juga dapat mengikuti siaran langsung Majlis Amanat KPKR Tahun 2025 ini secara maya melalui saluran rasmi Youtube jabatan (https://youtube.com/live/YmVqFKSWJ10 (link is external)).
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JKR atas segala sumbangan, usaha dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2024. Sekaligus, berharap semoga tahun 2025 ini menyuntik semangat untuk terus optimis dan proaktif dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pemegang taruh. Di akhir ucapan, beliau mengingatkan warga JKR perlu sentiasa berusaha untuk meneroka, mencari idea serta menghasilkan inovasi baharu agar jabatan kekal menjadi pakar rujuk dan peneraju industi pembinaan negara.
Selain itu, Majlis Amanat KPKR pada tahun ini turut menggabungkan beberapa pelancaran program serta tayangan montaj seperti berikut:
- Tayangan Montaj dan Pelancaran Pagam Pelanggan Edisi 2025;
- Pelancaran Dokumen Pengurusan Bersepadu JKR Keluaran 08;
- Pelancaran Digital Document Management System 2.0 (DDMS); dan
- Pelancaran #IamJKR.
Semoga JKR terus cemerlang menjadi peneraju industri pembinaan negara dan inpirasi kepada generasi akan datang.
Muat turun slaid iringan Amanat KPKR tahun 2025 dan dokumen lain berkaitan melalui pautan di bawah:
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1486 bacaan