Date: Jumaat, Januari 27, 2023

Pada 26 Januari 2023 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bagi tahun 2023 yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bangunan, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah serta warga JKR yang berada di ibu pejabat. Seluruh warga kerja raya turut dijemput menonton secara atas talian melalui saluran rasmi Youtube jabatan (https://youtu.be/RKsMkv7GvvA (link is external)).

Selepas menyampaikan ucapan amanat beliau, YBhg. Dato' KPKR, diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar dan Sektor Bangunan telah melancarkan Video Korporat JKR yang baharu. Video berdurasi 2 minit 50 saat ini diadaptasi daripada transformasi imej jabatan, seiring dengan era pendigitalan bagi mencerminkan imej JKR yang lebih segar. Video ini diolah bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pemegang taruh serta masyarakat mengenai sejarah, visi, objektif dan bisnes utama JKR. Ianya juga bertujuan sebagai alat pemasaran untuk mempromosikan peranan JKR di bawah bidang kuasanya.

Video Korporat terbaharu ini boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/drive/folders/1EmG4059TfVPls1DV3W1SsS64PFu8CXSI?usp=share_link (link is external) dan ditonton melalui saluran media sosial rasmi JKR.

(Untuk teks penuh ucapan dan slaid ucapan klik dibawah:)

  1. Teks Penuh
  2. Slaid Ucapan

INTIPATI AMANAT YBHG. DATO’ KPKR TAHUN 2023

Di awal ucapan, YBhg. Dato’ KPKR mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada seluruh warga JKR dan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga yang meraikannya.

 

  1. PENGHARGAAN- Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada mantan KPKR dan warga JKR atas sumbangan dan jasa bakti.
  2. KONSEP MADANI YAB PM- KPKR menyentuh Konsep MADANI dan menyeru warga kerja untuk menyampaikan perkhidmatan jabatan terbaik melalui budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti.
  3. #JKRPRIHATIN- Ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang menyumbang kepada tabung bencana #JKRPrihatin.
  4. BigBen-Pengoperasian BigBen besar nilainya kepada jabatan dan negara. KPKR turut mengucapkan terima kasih kepada petugas Bilik Gerakan Bencana yang telah bertungkus-lumus sepanjang berlakunya bencana.
  5. PELAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP)- PKP jabatan telah dilancarkan pada 18 Oktober 2022 dan pelan ini terpakai di semua premis JKR.
  6. LAKARAN KEJAYAAN 2022
  • Kejayaan sambutan HPTN 2022;
  • Anugerah 2022 World PCI Design Awards bagi kategori “Best International Transportation Structure” dan Road Engineering Excellence Award 2022 di 11th Malaysian Road Conference & Exhibition bagi projek Jambatan Menghubungkan Kg. Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan (Merentasi Sg Perak);
  • Anugerah Top in Country Innovator of the Year, Autodesk ASEAN Innovation Awards 2022 menerusi Model BIM Projek Klinik Kesihatan Jenis 5 Maran Pahang;
  • Sistem JKR E-Tender (JET);
  • Projek Perintis Penggunaan Teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam Pengesanan Awal Potholes di FT001 Laluan Benchmark Daerah Tampin, Negeri Sembilan;
  • Produk jabatan iaitu Speed Sign with IoT Radar Sensor telah tersenarai sebagai salah satu inisiatif Kluster Teknologi Baru Muncul dalam Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara;
  • Penggunaan i-Supervision 2.0 turut mendapat perhatian daripada pihak luar;dan
  • Seramai 22 orang pegawai telah berjaya mencapai kompetensi tahap 4 Program Pensijilan Teknikal 2022
  • Pencapaian KPI KPKR 2022 dan pencapaian Pelan Strategik Jabatan adalah 100%.
  1. PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROJEK
  • Jabatan telah berjaya mengeluarkan SST untuk 306 projek dengan jumlah keseluruhan mencecah RM16.17 Bilion. Sebanyak 219 bilangan projek dengan nilai RM5.327 bilion telah berjaya disiapkan pada tahun lepas.
  • Warga kerja juga perlu bersedia untuk membuat anjakan paradigma daripada amalan “project based” kepada “asset based”.
  1. PENGURUSAN ADUAN
  • Sebanyak 10,695 bilangan aduan awam diterima oleh JKR. Daripada keseluruhan aduan, sebanyak 8,863 aduan diterima adalah di bawah tanggungjawab Jabatan.
  • JKR juga adalah merupakan agensi pertama yang telah berjaya menggunapakai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) secara sepenuhnya.
  1. MAMPAN DAN BERDAYA TAHAN- Warga kerja perlu resilient seiring dengan perubahan terkini dan persekitaran semasa.
  2. INTEGRITI-JKR komited memastikan sistem pentadbiran Jabatan bergerak dengan berkesan bersandarkan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan.
  3. PENGURUSAN KEWANGAN-Pengurusan kewangan dapat diurus dengan sebaiknya mengikut kewajaran perkembangan projek. Elak pemulangan peruntukan kepada pihak pelanggan bagi tahun 2023.
  4. HARAPAN DAN WAY FORWARD- Semangat berpasukan dan kerjasama antara warga JKR diperkukuhkan, pesanan KPKR “Work honestly and work hard, then the smart will come”. Beliau juga berpesan supaya sama-sama memelihara nama baik jabatan dan laksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya kerana ia dihitung sebagai amal ibadah dan dijanjikan ganjaran pahala di akhirat.

"JKR sebenarnya adalah lubuk pahala. Keikhlasan kita bekerja adalah untuk

berJasa Kepada Rakyat dan negara"