Date: Khamis, Februari 22, 2024

Pada 22 Februari 2024 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bagi tahun 2024 yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Amanat KPKR pada tahun ini telah disampaikan oleh
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas KPKR. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi jabatan, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah serta warga JKR yang berada di ibu pejabat.

Di dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik turut berpesan kepada seluruh warga kerja untuk memupuk sikap pemikiran kritis dalam mencari solusi terbaik dan memperkasakan kaedah penyampaian perkhidmatan jabatan, seiring dengan evolusi teknologi dan senario semasa. Menjadi kewajipan seluruh warga kerja untuk bekerja dalam satu pasukan demi meningkatkan hasil dan kualiti perkhidmatan, agar semua yang direncanakan mencapai tanda aras yang ditetapkan.

Selain itu, Majlis Amanat KPKR pada tahun ini turut menggabungkan penganugerahan sijil, persembahan montaj dan penyampaian hadiah seperti berikut:

  1. Penganugerahan Pensijilan Pengurusan Projek JKR Malaysia;
  2. Montaj dan pemakluman penjualan Duit Syiling Syiling 150 Tahun JKR;
  3. Pelancaran Logo SOC 2024 serta penyampaian hadiah Pemenang Pencipta Logo SOC 2024; dan
  4. Pelancaran Teaser SOC 2024.

Semoga JKR terus cemerlang melalui pendekatan strategik, kreatif, inovatif dan kritis.

Seluruh warga kerja raya turut berpeluang mengikuti Majlis Amanat KPKR 2024 secara atas talian melalui saluran rasmi Youtube jabatan (https://www.youtube.com/live/YH-hV1h7Nhs (link is external)). Warga kerja juga boleh memuat turun teks penuh ucapan amanat dan slaid iringan melalui pautan di bawah :

  1. Teks Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya 2024
  2. Slaid Iringan Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya 2024
  3. Link Gambar Majlis Amanat KPKR 2024 (link is external) - Guna email MyGovUC

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat

amanat