Date: Khamis, November 17, 2016
Majlis Anugerah Pencapaian Istimewa telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia telah berlangsung pada 17 Nov 2016 (Khamis) dengan lancarnya. 
 
Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Hasnul bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan juga pengurusan atasan JKR Malaysia. Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JKR di atas sumbangan istimewa yang telah dicurahkan serta mengharumkan nama jabatan khasnya dan negara amnya dalam melaksanakan tugas rasmi. Acara yang merupakan acara tahunan JKR ini menyaksikan secara keseluruhannya seramai 107 penerima anugerah yang telah berjaya menghadirkan diri. 
 
Anugerah ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu akademik, professional/kompeten, sukan, bidang sosial/kebudayaan dan lain-lain kategori yang merangkui pembentangan kerja dan lain-lain yang relevan dengan peningkatan prestasi jabatan. Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah JKR sendiri. 
 
Antara 10 penerima tertinggi anugerah adalah:
 
1. En. Khairil Nizar bin Md Khuzaimah 
2. Ir. Dr Hannerita binti Mohamad Zainal
3. En. Mohd Suharizal bin Mahamad Subri
4. Ir. Dr. Zarabizan bin Zakaria
5. Sr. Abd Shukor bin Ibrahim
6. Sr. Rozita binti Yahaya
7. Pn Shamsul Kamariah bin Hamzah
8. Ir. Wan Shah WaliAllah bin Wan Mat Zain @Senik 
9. En. Mahaindran a/l Kristnan
10. En. Mohd Qayyum bin AB Rahman
 
Seterusnya diikuti oleh 99 penerima anugerah yang lain. Jabatan sentiasa menggalakkan dan sangat menghargai pegawai-pegawai yang mempunyai iltizam dan giat berusaha dalam memajukan pembangunan kerjaya atau kekompetenan diri masing-masing. JKR Malaysia mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga dengan majlis seumpama ini dapat menjadi pendorong kepada warga JKR untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing. Majlis bersurai sekitar jam 12.30 tengahari.