Date: Khamis, Julai 11, 2019

Majlis Anugerah Pengurus Projek dan Assessor Bertauliah JKR bagi Sesi 2018 telah diadakan pada 4 Julai 2019 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Seramai lapan belas (18) orang pegawai JKR telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek Bertauliah manakala lapan (8) orang lagi ditauliahkan sebagai Assessor Bertauliah dibawah Program Competency Based Assessment System (CBAS).  Pentauliahan yang dikategorikan kepada 3 tahap pensijilan iaitu Registered Programme Manager (RPD), Registered Project Manager (RPM) dan Qualified Project Practitioner (QPP) merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan jabatan kepada semua penerima sijil.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Pengarah Kanan CPAB, Ir. Hj. Ab Hamid bin Hj. Md. Daud disusuli dengan ucaptama dan perasmian oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Haji Osman. Y.Bhg. Dato’ KPKR juga telah menyampaikan sijil kepada semua pegawai yang terlibat.

Pensijilan kompetensi Certified Construction Project Manager (CCPM) juga telah disampaikan secara simbolik oleh Y.Bhg. Dato’ KPKR kepada Pengarah Kanan CPAB. CCPM merupakan satu pengiktirafan oleh CIDB yang diberikan kepada Pengurus Projek Bertauliah JKR dibawah persetujuan dan kerjasama (MoU) JKR & CIDB yang telah dimeterai pada tahun 2016 yang lalu.

Semoga dengan adanya pengiktirafan seperti ini, dijangkakan lebih ramai warga JKR yang akan ditauliahkan dibawah program CBAS ini pada masa akan datang.

Semoga Certified Assessor yang telah ditauliahkan akan menjadi penggerak dan nadi utama bagi memastikan kesinambungan dan kejayaan program pensijilan ini pada masa akan datang dan pengurus projek yang ditauliahkan dapat menggunakan pengetahuan dan kepakaran mereka bagi membantu jabatan untuk menjadi lebih efektif dan efisyen dalam melaksanakan pengurusan projek di setiap peringkat pelaksanaannya.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Timbalan KPKR Sektor Pakar, Pengarah Cawangan, Pengarah Negeri dan wakil-wakil cawangan.

Senarai Assessor Bertauliah JKR sesi 2018

BIL

NAMA

JAWATAN

PEJABAT

1

Hj. IBRAHIM B. AHMAD

PENGARAH

JKR NEGERI KEDAH

2

Ir. ROSIAH BT. ABU SAMAH

J54

CREaTE

3

Ir. SITI NORLEHA BT RASID

J54

CAW. JALAN

4

Ir. MARIA BINTI MARCUS

J54

PASUKAN PROJEK PARLIMEN

5

Ir. LOKMAN B. Hj NASIR

J52

CAW. PERANCANGAN ASET BERSEPADU

6

Ar. MOHAMMAD ZAID B. SAAD

J52

CAW. PERANCANGAN ASET BERSEPADU

7

Ar. HANI YULIATI BINTI MOHD LASA

J52

CAW. ARKITEK

8

MOHD KHAIRUL AMIR B. MOHD JAMIL

J44

CAW. KEJ. AWAM & STRUKTUR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Senarai Pengurus Projek Bertauliah JKR sesi 2018

BIL

NAMA

TAHAP PENSIJILAN

PEJABAT

1

Ir. HASMI B. AHMAD

RPD

CAW. JALAN

2

Ir. MOHD NAIMIE B. MAZID

RPM

CAW. KEJ. MEKANIKAL

3

Ir. ZILAILA BT. ZAKARIA

RPM

CAW. KEJ. ELEKTRIK

4

Ir. WAN MOHAMED AZHARY BIN WAN MANSOR

RPM

CPAB NEGERI KELANTAN

5

Ir. TAN LAY BOON

RPM

JKR NEGERI PERAK

6

MUHAMMAD KHAIRUL AZMIR B. AB HAMID

RPM

CAW. KERJA KESELAMATAN

7

SURIATI BT. YUSOF

RPM

JKR NEGERI TERENGGANU

8

Ir. NASRIM ZAWAL B. MAHAMUD

RPM

PASUKAN PROJEK KHAS 1

9

MOHD HAPIZ BIN KAMARUDDIN

RPM

JKR NEGERI SELANGOR

10

AZLENAWATY BT. MOHD NOR @ ABDUL KADIR

RPM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

11

ILLYANI BINTI ARIFFIN

RPM

CAW. KERJA PENDIDIKAN

12

FARAHAZLIZA HAZIE BINTI ABU HARI

RPM

JKR NEGERI PERAK

13

Ir. ROZELAWATI BINTI ISHAK

RPM

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR NEGERI PERAK

14

Ir. MAZZUWAN B. HAJI MOHD DIAH

RPM

CAW. KEJ. AWAM & STRUKTUR

15

ZAINIAH BT. MOHD ZIN

QPP

JKR NEGERI PERLIS

16

Sr. HUZAIRI B. ZAINUL AZLAN

QPP

JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN

17

NOR ATIKAH BT. DIN

QPP

JKR NEGERI KEDAH

18

MOHAMAD HAIDIR B. BAHARIN @ KARIM

QPP

CAW. KEJ. AWAM & STRUKTUR

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh: Unit Sistem dan Kompetensi Pengurusan Projek (USKPP), CPAB