Date: Selasa, Mei 16, 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 Kementerian Kerja Raya Malaysia dengan tema 'Warga Berprestasi Menjana Produktiviti' telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Seramai 843 orang warga Kerja Raya dari Kementerian dan Agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016.

JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima. Semoga kejayaan anda menjadi pemangkin kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.