Date: Khamis, April 28, 2016
Majlis Apresiasi Indeks SSR 2015 telah berlangsung pada 28 April 2016 bertempat di Bilik Tanjung Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan komitmen oleh kakitangan Kementerian dan Jabatan sehingga membolehkan Kementerian Kerja Raya dan JKR mendapat pengiktirafan Agensi Sektor Awam (SSR) bertaraf 5 bintang bagi Tahun 2015-2016.
Majlis Dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan YBhg. Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob dan seterusnya beliau mewakili YB Menteri Kerja Raya menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kerana Kementerian Kerja Raya merupakan Kementerian yang pertama telah dianugerahkan 5 bintang oleh MAMPU. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas usaha dan dedikasi kakitangan dalam membantu meningkatkan imej Kementerian dan agensi di bawahnya.Beliau juga berharap agar Kementerian dapat mengekalkan pencapaian ini pada tahun-tahun akan datang.
Majlis berakhir pada jam 10.45 pagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada pegawai yang terlibat.


- 569 bacaan