Date: Khamis, November 10, 2022

Majlis Apresiasi Pesara Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah diadakan pada 9 November 2022 (Rabu) di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis yang dianjurkan oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini adalah bagi meraikan seramai 146 pesara persekutuan yang bersara wajib dan bersara pilihan di pejabat Cawangan dan JKR Negeri. 

Majlis yang bertemakan Lambaian Kasih, Seharum Budi ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Yang Berusaha Sr Amran Bin Haji Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Yang Berusaha Ir. Hj. Rahmat Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, serta Pengarah-pengarah Kanan, Pengarah-pengarah Cawangan dan Negeri.

Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesara atas segala sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di JKR khususnya dan di dalam perkhidmatan awam amnya. Fasa persaraan bukanlah penghujung perjalanan kehidupan, malah ia adalah titik permulaan lembaran baharu. Semua ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh para pesara sangat tinggi nilainya kepada Jabatan. Jabatan mengucapkan selamat bersara kepada semua warga JKR yang bersara pada tahun ini.

Klik untuk lihat Video Montaj Majlis Apresiasi Pesara JKR Tahun 2022

Klik untuk lihat Gambar sekitar Majlis Apresiasi Pesara JKR Tahun 2022 (link is external)