Date: Selasa, Ogos 23, 2022

Majlis Apresiasi Program Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pemenang bagi dua (2) program yang diadakan oleh CDPK iaitu Anugerah Mentor-menti Cemerlang Peringkat Jabatan Kerja Raya bagi tahun 2020 dan 2021 dan Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik Peringkat CDPK.

Program Mentor-menti dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang berkualiti. Pelaksanaannya adalah melalui bimbingan, sokongan dan bantuan bukan sahaja kepada pegawai muda yang baharu menyertai Perkhidmatan Awam bahkan juga kepada pegawai yang baru dinaikkan pangkat. Pelaksanaan Program Mentor-menti merupakan salah satu agenda penting dalam pengurusan dan pembangunan kompetensi pegawai-pegawai JKR seperti dinyatakan dalam Pelan Bisnes JKR, Pelan Pembangunan Sumber Manusia JKR dan merupakan KPI Pengarah CDPK Tahun 2021-2025.

Majlis Apresiasi Program CDPK ini memberikan penghargaan kepada penyelaras program pementoran terbaik serta mentor-menti yang cemerlang sepanjang program mentor-menti ini berlangsung. Senarai penerima Anugerah Mentor-Menti Cemerlang bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti berikut.

 

Program Mentor-Menti 2020

Tempat Pertama Pasangan Mentor-Menti dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal;

Ir. Rosmawati Binti Zahari (Mentor)

Puan Nur’ayuni Binti Safari (Menti)

 

Tempat Kedua Pasangan Mentor-Menti dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu;

Encik Azrul Hanif Bin Ab Halim (Mentor)

Encik Azfar Abid Bin Nawawi (Menti)

 

Tempat Ketiga Pasangan Mentor-menti dari Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat;

Ir. Norzahamawatty Binti Md Desa (Mentor)

Puan Hasmidah Binti Mohd Abdah (Menti)

 

Penyelaras Terbaik Dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu;

Datin Norliza Binti Kadir

 

 

Program Mentor-Menti 2021

 

Tempat Pertama Pasangan Mentor-Menti dari Cawangan Arkitek;

Puan Siti Marsitah Binti Rosly (Mentor)

Ar. Farhana Binti Mohammed Isa (Menti)

 

Tempat Kedua Pasangan Mentor-Menti dari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya;

Ir. Fadzlida Binti Fadzil (Mentor)

Encik Muhammad Naqib Bin Mohd Zaki (Menti)

 

Tempat Ketiga Pasangan Mentor-menti dari Pusat Kecermerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE);

Ir. Ahmad Ridzauddin Bin Ibrahim (Mentor)

Encik Mohammad Hazwan Bin Md Yunus (Menti)

 

Penyelaras Terbaik Dari Cawangan Arkitek;

Puan Nurvianti Binti Mohd Jai

 

Manakala, majlis turut menyampaikan Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) Terbaik yang telah diadakan pada 1 Mac sehingga 30 Mac 2022. Bagi pemenang Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik:

Tepat Pertama: Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

Tempat Kedua: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

Tempat Ketiga: Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi (BPPP)

 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pemenang.

Penerima Anugerah Mentor-menti Cemerlang Tahun 2020

 

Penerima Anugerah Mentor-menti Cemerlang Tahun 2021

 

Para Panel Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) Terbaik CDPK

 

Barisan pemenang Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) CDPK Terbaik Tahun 2022