Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), CDPK telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi Program CDPK Tahun 2023 pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Sebanyak lima (5) anugerah yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) iaitu Anugerah Penampilan Audit ICT, Anugerah Pekerja Contoh Bulan Julai-Disember 2022, Anugerah Mentor-Menti Cemerlang JKR, Anugerah Inovasi CDPK dan Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) Terbaik Peringkat CDPK.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para penerima anugerah dan panel-panel yang terlibat dalam menjayakan anugerah yang disenaraikan.
Berikut merupakan senarai nama penerima anugerah yang diraikan:
- Anugerah Penampilan Audit ICT
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), CDPK
- Anugerah Pekerja Contoh Bulan Julai – Disember 2022
- En. Mohd Isa bin Mohd Jaafar (BTM)
- En. Alizal Md Yatim (BKK)
- Anugerah Mentor-Menti Cemerlang JKR 2022
- Johan : JKR Negeri Johor
- Pn. Yusliza binti Alias (Mentor) dan Pn. Kavitha a/p Tungarasa (Menti)
- Naib Johan : Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
- Pn. Ir. Siti Sarah binti Ibrahim (Mentor) dan Pn. Siti Rahimah binti Zinal (Menti)
- Tempat Ketiga : JKR Negeri Perlis
- Pn. Ir. Ezree Suhaily binti Md Sharif (Mentor) dan Pn. Sr. Siti Nabilah binti Abdullah (Menti)
- Penyelaras Pementoran Terbaik Tahun 2022 : Pn. Norhidayah binti Jamaludin (CKE)
- Anugerah Inovasi CDPK
Johan : Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan (BPSK)
Naib Johan : Bahagian Integriti (BaI)
Tempat Ketiga : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK)
- Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) Terbaik Peringkat CDPK
Johan : Bahagian Pengurusan Perubahan Prestasi (BPPP)
Naib Johan : Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)
Tempat Ketiga : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK)
Tahniah dan syabas kepada penganjur dan penerima anugerah. Semoga kecemerlangan CDPK dapat diteruskan pada masa hadapan, demi meningkatkan imej Cawangan dan JKR khasnya.
- 1005 bacaan