Date: Khamis, March 29, 2018

Program Bual Bicara Ketua Pengarah Kerja Raya bersama Pegawai dan Kakitangan Baharu ambilan 2017/2018 bagi kumpulan Perkhidmatan Profesional, Sokongan I dan Sokongan II telah diadakan pada 29 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis yang bermula sekitar jam 10.30 pagi telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah – Pengarah Cawangan & Bahagian, serta pegawai dan kakitangan baharu yang dilantik.

YBhg. Dato’ Sri KPKR memulakan bual bicara beliau dengan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pegawai lantikan baharu ke Jabatan Kerja Raya Malaysia. Antara kandungan bual bicara yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri KPKR adalah berkaitan petunjuk prestasi utama (KPI) JKR yang telah berjaya dicapai pada tahun 2017 dan sasaran KPI JKR yang perlu dicapai pada tahun 2018. Selain itu, beliau juga menerangkan kepada semua berkaitan laluan kerjaya bagi pegawai JKR dan juga Kumpulan Pelaksana. Pada program ini juga Dato' Sri KPKR telah memberi halatuju kepada pegawai JKR agar mereka bersama-sama berbakti dan terus menjulang nama Jabatan Kerja Raya melalui hasil kerja yang terbaik.

Semoga pesanan yang disampaikan akan menjadi panduan dan pembakar semangat kepada para pegawai dalam melaksanakan tugas. Di akhir program, para pegawai baharu telah diberikan peluang untuk mengajukan soalan serta cadangan kepada Dato' Sri KPKR dalam sesi soal jawab. Program berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.