Date: Selasa, March 25, 2025

Segala Puji Bagi Allah SWT, saban tahun sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Majlis Ihya’ Ramadan Al-Mubarak Jabatan Kerja Raya ini telah diadakan pada 19 Mac 2025 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Majlis ini telah dihadiri hampir 200 tetamu yg terdiri daripada Pengurusan JKR Malaysia, para Jurutera Daerah dan warga JKR Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran mantan-mantan Ketua Pengarah Kerja Malaysia (KPKR) terdiri daripada:

  1. YBhg. Tan Sri Dato’ Ir. Hj. Zaini bin Omar
  2. YBhg. Dato Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim
  3. YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob
  4. YBhg. Dato’ Ir. Annies Bin Md Ariff
  5. YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamad Hussain
  6. YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Hj. Roslan Md. Taha
  7. YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool.

Majlis telah bermula pada jam 5.30 petang dengan Sesi Interaktif Persoalan Agama bersama Al-Fadhil Ustaz Syahril Samad Al Hafiz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama moderator, YBrs. Ir. Ts. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi.

Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Antara intipati ucapan KPKR adalah untuk mengajak semua hadirin bersama-sama memeriahkan sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan memperkukuhkan ukhwah fillah dan silaturahim, serta memperbanyakkan amalan soleh sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Setelah berbuka puasa beramai-ramai, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Sesi Tazkirah bertajuk “Ubat Hati”, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih berjemaah di Surau Blok F, JKR. Kutipan dan sumbangan daripada majlis ini juga telah disalurkan kepada keluarga warga JKR Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah sepanjang tahun 2024 hingga Mac 2025.

Berikut dikongsi Koleksi Gambar Majlis Ihya’ Ramadan Al-Mubarak Jkr Malaysia Tahun 2025 (link is external) untuk makluman dan rujukan warga JKR Malaysia.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat