Date: Khamis, April 28, 2022

27 April 2022 
Majlis Khatam Al-Quran Pejabat Pengurusan Atasan JKR Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada 27 April 2022 bertempat di Ruang Utama, Aras 33 Menara Kerja Raya bersempena Program Ihya Ramadhan 1443H.

 
Objektif pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran ini juga antara lainnya bagi meraikan peserta yang telah berjaya mengikuti Program Tadarus Al-Quran sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2022 . Program dimulakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha hingga surah An-Naas oleh seluruh warga Pejabat Pengurusan Atasan dan diakhiri dengan bacaan doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ar Mohamad Hazimin Ismail. Bacaan Surah diselang selikan dengan Tadabur- Intisari Ayat-ayat Surah lazim.


Majlis seperti ini juga disebut sebagai majlis zikir kerana terkandung di dalamnya bacaan al-Quran secara berjemaah, dengan dibaca juga beberapa zikir mengikut kaifiat dan tatacara tertentu yang telah disebut oleh para ulama’ dalam kitab mereka. Majlis seperti ini juga disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,
Baginda S.A.W bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka. Kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah.”
Riwayat Muslim (2699)
Rujukan - muftiwp.gov.my

Acara kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta yang terlibat oleh YBhg. Datuk Ir. Hj Mohammad Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Tahniah dan terima kasih atas semua Warga Pengurusan Atasan JKR Malaysia atas keterlibatan pada Ramadan kali ini. Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT. Amin