ALOR GAJAH, MELAKA, 23 Julai 2024 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah hadir merasmikan Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2024 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR. Hadir sama menyerikan majlis adalah YBhg. Dato' Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); dan YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE.
Bertemakan “Inovasi Pemangkin Generasi Kreatif”, JKR telah mengambil inisiatif bagi menyahut saranan Kerajaan Malaysia MADANI agar Perkhidmatan Awam terus berdaya cipta menghasilkan inovasi serta menguasai teknologi terkini demi pembangunan negara. Tahun 2024 menyaksikan jumlah penyertaan KIK JKR tertinggi iaitu sebanyak 54 kumpulan yang terdiri daripada 479 orang peserta. Semua kumpulan telah membuat pembentangan dalam Penilaian KIK JKR dan Due Diligence JKR Tahun 2024 pada 2 Julai hingga 11 Julai 2024.
Sejumlah 35 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal, manakala 19 kumpulan lagi telah mempertaruhkan inovasi di bawah Kategori Pengurusan. Majoriti produk inovasi yang dipertandingkan menghasilkan output solusi teknikal kepada permasalahan yang dihadapi oleh industri pembinaan, komuniti dan alam sekitar, serta ianya berpotensi untuk dikomersialkan atau diadaptasi di peringkat JKR, Agensi Kerajaan mahupun swasta.
Sebanyak Lapan (8) kategori telah dipertandingkan iaitu:
- Inovasi (Kategori Teknikal);
- Inovasi (Kategori Pengurusan);
- Poster Terbaik (Kategori Teknikal);
- Poster Terbaik (Kategori Pengurusan);
- Video Boomerang Terbaik (Kategori Teknikal);
- Video Boomerang Terbaik (Kategori Pengurusan);
- Anugerah Penyertaan Terbanyak; dan
- Anugerah Penampilan Kreatif.
Johan Inovasi bagi kategori teknikal dan pengurusan akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi edisi khas, dan sijil penganugerahan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, serta sijil penganugerahan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penganugerahan.
Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori:
INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL)
ANUGERAH | NAMA KUMPULAN | PEJABAT | TAJUK |
Johan | Endokarpa | JKR Daerah Bagan Datuk, Perak | 4 Mix |
Naib Johan | Permata Maharani | JKR Daerah Muar, Johor | Pavelock Kerb |
Tempat Ketiga | E-Smart | Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Johor | Zorro Solution |
INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)
ANUGERAH | NAMA KUMPULAN | PEJABAT | TAJUK |
Johan | Jarkinova | Bahagian Arkitek, JKR Johor | JPROVE |
Naib Johan | EV-Tech | Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan | JKR Evaluation System |
Tempat Ketiga | The ROADster | JKR W.P. Labuan | Labuan Roadster Apps |
POSTER TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)
NAMA KUMPULAN | PEJABAT |
CREaTER | Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) |
HI-Tech Perak Southern | JKR Daerah Muallim, Perak |
The Meki Team | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Perak |
POSTER TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)
NAMA KUMPULAN | PEJABAT |
GreenTech Team | Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga |
GB2 | Cawangan Kerja Bangunan Am 2 |
i-MechE | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal |
VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)
Nama Kumpulan | Pejabat |
Innosan | Cawangan Kejuruteraan Elektrik |
KB Fighter | JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan |
K-Center | JKR KETENGAH |
VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)
Nama Kumpulan | Pejabat |
eXchange | Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat |
I-CKeS | Cawangan Kerja Keselamatan |
D-College | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal |
ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK
Pejabat | Bilangan Penyertaan |
JKR Negeri Perak | 7 Penyertaan (Kategori Teknikal) |
ANUGERAH PENAMPILAN KREATIF
Nama Kumpulan | Pejabat |
Kancang & The ROADster | JKR W.P. Labuan |
Southern Crew | Cawangan Jalan |
SNIPER | Unit Tentera Kelantan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan |
I - Speed | JKR Daerah Raub, Pahang |
i-MechE | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal |
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang, penerima anugerah dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Tahun 2024.
Disertakan pautan gambar penuh semasa majlis : Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) (link is external)
- 1965 bacaan