Date: Rabu, Disember 9, 2020

Pada 9 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Puan Samilah Binti Mashuri dan Pengarah Ketua Perunding Kawalan Pemajuan, YBrs. Ar. Mohamad Nazli bin Ramli.

Kunjungan YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat, KP JKT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 33, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.