Date: Rabu, November 13, 2019

Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kehadiran seramai 139 pegawai lantikan baru Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred J41 yang terdiri daripada 4 disiplin iaitu 73 Jurutera Awam, 32 Jurutera Elektrik, 26 Jurutera Mekanikal, dan 8 Juruukur Bahan. Kesemua pegawai telah melaporkan diri di Kementerian Kerja Raya pada 11 November 2019. Pada sesi sebelah petang bertempat di Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kementerian Kerja Raya Malaysia kesemua pegawai ini telah diberi Taklimat Lapor Diri oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia (CDPK, JKR).

Taklimat telah dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah CDPK, JKR dan turut dihadiri oleh Ir. Khairul Amir bin Isahak, Ketua Unit Perancangan Penempatan Strategik Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, CDPK, JKR dan Puan Nur Fazliana binti Mohd Najib, Ketua Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, CDPK, JKR.

Taklimat dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu JKR. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs Puan Mastura binti Shaari, Pengarah CDPK, JKR. Taklimat Pengenalan Kepada JKR dan Peningkatan Kerjaya Pegawai telah disampaikan oleh Ir. Khairul Amir bin Isahak dan Taklimat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah disampaikan oleh Puan Nur Fazliana binti Mohd Najib.

Selepas sesi taklimat berakhir, sartu sesi soal jawab telah diadakan bagi memberi ruang kepada kesemua 139 pegawai baru untuk bertanyakan soalan.

Majlis taklimat diakhiri dengan sesi bergambar pegawai baru bersama Pengarah CDPK, JKR.