Date: Khamis, Julai 30, 2020

Pada 28 Julai 2020 (Selasa) 2.45 petang, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia bersama delegasi dari Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Kunjungan YBhg. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Seterusnya turut diadakan sesi menandatangani buku pelawat, pemberian cenderahati dan penyampaian baju korporat JKR kepada YBhg. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kanan Cawangan dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Sesi diteruskan dengan taklimat pengenalan kepada JKR Malaysia oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Majlis disusuli dengan sesi soal jawab antara delegasi Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengurusan Atasan JKR dan diakhiri dengan sesi bergambar pada pukul 4.00 petang.

JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya. Semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan jalinan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya di masa akan datang.