KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2024: Majlis Menandatangani Agreement For Joint Ownership di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Syarikat OFO Tech Sdn. Bhd. telah diadakan pada 11 November 2024 di Tingkat 33, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Pemilikan Bersama di antara YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Encik Muhamad Armi bin Abdul Majid, Pengarah Urusan OFO Tech Sdn. Bhd.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE); YBrs. Ir. Ismail bin Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Puan Noor Ashikin binti Md Tamimi, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik.
Dengan termeterainya perjanjian ini, maka JKR Malaysia dan Syarikat OFO Tech Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk mengeksploitasi produk inovasi JKR iaitu ‘New Generation i-Supervision’ bagi tempoh 10 tahun.
Secara ringkasnya, New Generation i-Supervision merupakan sistem pemantauan prestasi pelaksanaan pembinaan secara maya yang dibangunkan oleh pereka cipta Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR dengan kerjasama Syarikat OFO Tech Sdn. Bhd. Sistem ini dapat memantau aktiviti di tapak bina secara real-time, mengurus penggunaan peralatan dan bahan binaan dengan lebih cekap dan efisien, mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dan sekaligus dapat mengurangkan kos operasi jabatan, serta memastikan keselamatan di tapak bina diutamakan.
Tahniah dan syabas kepada pereka cipta New Generation i-Supervision di atas kejayaan ini. Semoga ianya akan menyuntik semangat kepada seluruh warga JKR untuk terus berkreativiti dan berinovasi.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 611 bacaan