Date: Jumaat, November 24, 2023

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Kerja Raya dan Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. telah diadakan pada 22 November 2023 di Menara Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani dan pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB), YBrs. Dr. Mahpuzah binti Abai. Turut hadir ke majlis tersebut sebagai saksi adalah YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan Puan Nur Faizah binti Zakaria, Ketua Penyelesaian Peralihan Tenaga, Penyelesaian Teknologi Digital, PETRONAS.

Skop utama kerjasama strategik di antara JKR dan PTVSB merangkumi penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan, teknologi bitumen dan solusi teknikal bagi meningkatkan prestasi dan perkhidmatan jalan raya yang mampan mengikut  acuan Malaysia MADANI dan National Construction Policy 2030 (NCP 2030), pembangunan inovasi, serta pertukaran teknologi, pengetahuan dan kemahiran untuk tempoh tiga (3) tahun.

JKR menaruh harapan yang tinggi agar kerjasama strategik bersama PTVSB ini dapat memacu produktiviti sektor pembinaan negara selaras dengan nilai yang telah ditetapkan di bawah teras ketiga di dalam konsep Malaysia MADANI iaitu Daya Cipta, yang telah dirangka oleh kerajaan bagi menstruktur semula ekonomi negara dan menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat secara menyeluruh.

mou jkr X petronas

mou jkr X petronas

mou jkr X petronas

mou jkr X petronas