Pada 28 Oktober 2024 (Isnin), bertempat di Aras 33, Menara Kerja Raya, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh pejabat pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya Malaysia. YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; YBrs. Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah selesai menandatangani opsyen dan bersetuju memilih SSPA.
Tawaran pemilihan opsyen SSPA terbuka kepada semua Penjawat Awam bertaraf tetap bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024. Sebagaimana saranan YBhg. Tan Sri KPPA, Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya menyeru semua warga JKR untuk memilih opsyen SSPA bagi menikmati pelarasan gaji baharu, pemantapan saraan dan penambahbaikan laluan kerjaya. Semua warga JKR mula menandatangani opsyen mulai 21 Oktober hingga 30 November 2024.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 863 bacaan