Date: Isnin, Ogos 29, 2016

Majlis Menduduki Premis CREaTE Oleh Pihak Cawangan Latihan dan Inovasi Bagi Tujuan Pengoperasian Dan Permulaan Proses Penyewaan Ruang telah disempurnakan pada 26hb Ogos 2016 oleh YBhg. Ar. Profesor Datuk Dr. Amer Hamzah Bin Mohd Yunus (Pengarah Kanan CKBA 1) kepada Pengarah Cawangan Latihan Dan Inovasi YBrs Pn Nor Fadzilah Bt Ashaari.

CREaTE yang terletak di Alor Gajah, Melaka (berhadapan dengan A’ Famosa Resort) akan mula beroperasi pada 1hb September 2016 dan semua perlaksanaan kursus-kursus di Menara PJD akan berpindah ke CREaTE

CREaTE bertujuan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam latihan, penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia merangkumi bangunan pentadbiran, perpustakaan,pusat pengajian,makmal penyelidikan inovasi, makmal latihan dan simulasi,dewan serbaguna,surau,pusat pengurusan fasiliti yang mempunyai kemudahan penginapan, kemudahan am serta kemudahan sukan dan rekreasi.