Majlis menghargai jasa bakti YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus, TKPKR (Sektor Bangunan) telah diadakan pada 19 Januari 2017, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya dan diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya,YBhg.Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Ismail Md. Salleh,Ketua Pengarah LLM , YBhg. Dato' Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR serta Pegawai-Pegawai Kanan JKR.
Majlis dimulakan dengan persembahan multimedia sempena persaraan tetamu yang diraikan YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus, TKPKR (Sektor Bangunan). Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya JKR Malaysia, dan disusuli dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus.
Seterusnya, tibalah acara yang dinantikan, iaitu ucapan oleh tetamu yang diraikan, YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus, TKPKR (Sektor Bangunan). Beliau memberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas kepercayaan yang diberikan oleh YB Menteri Kerja Raya, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, serta seluruh pengurusan atasan JKR, KKR dan agensi dibawahnya. Beliau turut memberikan pesanan kepada warga JKR supaya komited, taat serta meneladani pegawai atasan masing-masing dalam melaksanakan tugasan. Dato' Sri juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja JKR yang telah memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang perkhidmatan beliau di JKR selama hampir 36 tahun.
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus, TKPKR (Sektor Bangunan) dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama berkhidmat bersama JKR. Terima kasih Dato' Sri dari kami, warga JKR Malaysia!








- 1283 bacaan