Date: Jumaat, Mei 12, 2017

Majlis menghargai jasa bakti YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Fazli bin Osman TKPKR (Sektor Pakar) telah diadakan pada 11 Mei 2017, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg Ketua Pengarah LLM, YBhg Ketua Eksekutif CIDB dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR serta Pegawai-Pegawai Kanan JKR.

Majlis dimulakan dengan tayangan multimedia khas untuk tetamu yang diraikan iaitu YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Fazli bin Osman, TKPKR (Sektor Pakar). Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya dan disusuli dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Fazli bin Osman, TKPKR (Sektor Pakar).

Usai penyampaian cenderahati, tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan oleh tetamu yang diraikan, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Fazli bin Osman, TKPKR (Sektor Pakar). Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh YB Menteri Kerja Raya, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, serta seluruh pengurusan atasan JKR, KKR dan agensi dibawahnya. Beliau turut menyampaikan pesanan kepada warga JKR supaya sentiasa bersedia dalam apa jua tugasan yang diberikan dan willing to change in order to be the best. Sesungguhnya khidmat bakti yang ditabur pasti akan terus berkembang dan mewangi di mana sahaja beliau berada sepertimana perumpaan ini "The fragrance always remains in the hand that gives the rose”.

Semoga Allah memberkati segala usaha dan titik peluh yang beliau sumbangkan. Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Fazli bin Osman TKPKR (Sektor Pakar) dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama berkhidmat.