Majlis ini telah diadakan pada 3 Jun 2016, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya,YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Ismail Md. Salleh,Ketua Pengarah LLM , YBhg. Dato' Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR serta Pegawai-Pegawai Kanan JKR.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, dan disusuli dengan tayangan multimedia perjalanan kerjaya YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan bin Hj. Mohamed Hussain. Seterusnya ucapan penghargaan oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan penyampaian cenderahati. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh tetamu yang diraikan, YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya. Antara intipati amanat oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah adalah:
· Perlu bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan ingin berbakti kepada masyarakat dan negara.
· Semaikan dalam diri dengan nilai-nilai murni seperti amanah, ikhlas, bertanggungjawab dan berintegriti.
· Kompetensi melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya.
· Melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin sepertimana peribahasa Cina;
When you hear, you forget;
When you see, you remember;
When you do, you understand.
· Melaksanakan tugas yang diberikan tanpa mengharapkan balasan tertentu, don’t worry about the promotion because the important thing is the output that we produce.
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada YBhg. Datuk dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama berkhidmat bersama JKR. Terima kasih Datuk dari kami, warga JKR Malaysia.
- 820 bacaan