Date: Jumaat, Ogos 5, 2016

Majlis Bacaan Yassin bagi meraikan warga JKR yang akan menunaikan Ibadah Haji tahun 2016 telah diadakan pada 5 Ogos 2016 (Jumaat) jam 8.00 pagi. Untuk makluman, seramai 12 warga JKR yang akan menunaikan Ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ir. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi kemudian diikuti dengan ucapan oleh YBhg Dato’ Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha,  TKPKR (Infra).

Antara intipati ucapan YBhg. Dato' TKPKR (Sektor Infra) :

- Bakal Jemaah haji sentiasa menjaga kesihatan

- Sabar menghadapi ujian ketika mengerjakan ibadah haji dan juga semasa berada di tanah suci

Pihak Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia turut memberikan cenderahati kepada semua bakal Haji yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' TKPKR (Sektor Infra)

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada bakal Haji dan mudah-mudahan mereka mendapat Haji yang mabrur serta usaha amal yang diterima oleh Allah SWT.

Senarai Nama Warga JKR Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji Tahun 2016.

1.    YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnol b. Mohammad Salleh, TKPKR (Sektor Bangunan)

2.    Ar. Zairul Abidin b. Badri, Pengarah Kanan, JUSA B (CA)

3.    En. Abd. Rahman b. Ambri, KPPK (Arkitek), J54(CPAB)

4.    Ir. Zailani b. Nagin, Jurutera Mekanikal Penguasa, (J52) (CKM)

5.    Ir. Mohd Azmi b. Hashim, Jurutera Mekanikal Kanan (J48) (CKM)

6.    En. Nurjihan b. Hj. Ahmad, Juruukur (J44) (CKIP)

7.    Pn. Fazilah bt. Hatta@Antah, Jurutera Awam (J44) (CJ)

8.    En. Muhammad Nashriq Farhan b. Supandi, Jurutera Awam (J41) (CKAS)

9.    Pn. Siti Aishah bt. Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (N36) (CKAS)

10.  En. Muhammad Hanif b. Mohamed, Penolong Jurutera Mekanikal (JA 29) (CKIP)

11.  Pn. Pairuz bt. Othman, Penolong Juruukur Bahan (JA 29) (JKR WP, KL)

12.  Pn. Salmah bt. Said, Setiausaha Pejabat (N22) (CKBA 1)