Date: Selasa, Januari 17, 2017
Majlis meraikan perpisahan YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman mantan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia telah diadakan pada 17 Januari 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Majlis telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia, ketua-ketua bahagian CDPK dan seluruh warga Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.
 
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa yang telah dibacakan oleh YBrs. Ir. Mohd Hazery b Mohd Shamsi dan disusuli dengan ucapan penghargaan yang telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Hj. Razali bin Derahman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, CDPK. Majlis mencapai kemuncaknya dengan ucapan daripada yang diraikan YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal b Sulaiman. Seterusnya ketua-ketua bahagian CDPK menyampaikan cenderahati daripada bahagian masing-masing sebagai tanda penghargaan di atas jasa bakti YBhg. Dato'.
 
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian Nota Serah Tugas dan juga penyampaian ucapan dan amanat oleh YBrs. Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.