Date: Khamis, April 19, 2018

Majlis Pecah Tanah bagi Projek Naiktaraf Hospital Kajang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 14 April 2018 di tapak projek. Majlis telah disempurnakan bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri S.Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia , Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya,

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Sallehuddin bin Ishak, Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG), YBhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abd Aziz, Pengarah JKR Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Dr. Khalid Bin Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YB Datuk Hj. Johan Bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semenyih, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan, YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar (menjalankan tugas), YBrs. Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur JKR, YBrs Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur JKR dan YBrs. Dr. Md Fikri bin Abu Bakar, Pengarah Hospital Kajang.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas beserta model bangunan projek Naiktaraf Hospital Kajang oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebelum menuju ke pentas utama. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri S.Subramaniam dan disusuli dengan ucapan ringkas oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar. Acara kemuncak adalah ucapan perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua pihak yang berusaha keras menjayakan pembangunan projek ini pada peringkat perancangan hinggalah projek dapat dianugerahkan kepada pihak kontraktor NR (Naluri Rezeki Sdn. Bhd.) untuk tujuan pembinaan.

Projek Naiktaraf Hospital Kajang merupakan projek yang diluluskan oleh Kerajaan semasa sesi lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri ke Hospital Kajang pada 15 September 2015. Melihatkan kesesakan pesakit mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di Hospital Kajang sedia ada yang telah berusia 129 tahun, maka pembinaan bangunan baru perlu dilaksanakan agar  perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan lebih baik. Melalui projek Naiktaraf Hospital Kajang, sebuah Kompleks Wanita & Kanak-kanak berkonsep moden akan dibina dan bakal menempatkan Jabatan Kecemasan dan Trauma, klinik pelbagai disiplin, wad pelbagai disiplin (272 katil), enam (6) unit Dewan Bedah, perkhidmatan sokongan serta tempat letak kenderaan bertingkat. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri juga berharap agar pembinaan projek ini dapat disiapkan awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Majlis diteruskan dengan gimik perasmian sebagai acara simbolik pecah tanah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan disaksikan oleh para hadirin yang hadir.

Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari.













​​Sumber daripada :
Bahagian Pengurusan Projek 2
Cawangan Kerja Kesihatan
Ibu Pejabat JKR Malaysia