Date: Selasa, Oktober 4, 2022

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Runtuh Bagi Projek Jalan Dari Besol Lama ke Rantau Panjang, Daerah Dungun, Terengganu Darul Iman telah berlangsung dengan jayanya pada 3hb Oktober 2022 (Isnin).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Ir. Mohd Al Azhar Bin Ali (Pegawai Penguasa) kepada pelanggan, Tuan Mohd Faizal bin Shamsuddin (Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Terengganu) dengan disaksikan oleh Ir. Hj. Mohamad Alwi bin Mat Zin, (Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Negeri Terengganu) , Ir. Ismail bin Ibrahim (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun) dan Pengurus Syarikat Bina Bersama, En. Amin bin Yusof selaku kontaktor utama bagi projek ini.

Projek Pembaikan Cerun Runtuh Bagi Projek Jalan Dari Besol Lama ke Rantau Panjang, Dungun, Terengganu bermula pada 12hb Oktober 2021 dengan harga kontrak asal RM 1,649,750.00 yang melibatkan skop:

Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries)

Kerja Pembaikan Cerun Menggunakan Kaedah Soil Nail

Kerja Pembaikan Cerun Menggunakan Kaedah Gabion Wall

Kerja Pembinaan Sistem Saliran

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia (HOPT), Pasukan Rekabentuk yang terdiri daripada HODT CKC, HODT Ukur Bahan (CKC), HODT CKIP, dan HODT Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga yang telah merancang dan menyelaras projek ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak:

Kontraktor utama, SYARIKAT BINA BERSAMA serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Tahniah dan syabas kerana projek ini berjaya disiapkan pada 18hb OGOS 2022 dengan memenuhi kriteria siap 8 dalam 1 iaitu:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja, CPC

2. Lukisan Siap Bina

3. Penyata Akaun Muktamad, SOFA

4. Zero Major Defects

5. Zero Lost Time Injures

6. Mencapai Kepuasan Pelanggan

7. Siap 2 Bulan Awal Dari Tempoh Kontrak

8. Siap Tanpa Lanjutan Masa (EOT)

Semoga dengan kejayaan projek ini akan dapat menetapkan penanda aras baru JKR selaras dengan Visi Jabatan serta ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya di Daerah Dungun, Terengganu.