14 JANUARI 2022, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Hari Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) CDPK yang bertempat di Ruang Legar, Aras 3, Menara Kerja Raya (Blok G). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan dihadiri oleh ketua-ketua bahagian di CDPK serta ketua-ketua aras EKSA yang telibat.
Pelaksanaan Hari EKSA CDPK adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi usaha dalam membudayakan amalan EKSA di kalangan warga kerja. Hari EKSA CDPK diadakan pada setiap hari Jumaat minggu kedua pada setiap bulan bermula pada jam 2.45 petang di pejabat masing-masing.
Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja CDPK di atas sokongan padu dalam menjayakan majlis pelancaran ini. Semoga dengan usaha ini dapat merealisasikan visi dan misi EKSA JKR ke arah peningkatan Kualiti dan produktiviti perkhidmatan dalam persekitaran kerja yang kondusif dan sistematik.
Semoga JKR dapat meningkatkan pencapaian yang cemerlang dalam audit pensijilan EKSA akan datang sekaligus menyemarakkan lagi semangat warga kerja untuk terus memperkukuh budaya berprestasi tinggi dan inovatif di JKR.
- 1062 bacaan