Date: Selasa, Januari 17, 2023

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN OPS BERSEPADU BERSEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Ops Bersepadu bersempena perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama-sama YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan di Kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara) pada hari ini, 17 Januari 2023.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Jana Santhiran a/l Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Dato’ Zailani Bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, dif-dif kehormat daripada pelbagai jabatan/ agensi kerajaan dan pemegang taruh yang berkaitan.

Bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu ini akan bermula pada 18 Januari hingga 27 Januari 2023 dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kempen ini turut disertai oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perdana Menteri yang merupakan sebahagian daripada Emergency Response Team sekiranya berlakunya kes kecemasan atau kemalangan.