Date: Jumaat, September 2, 2022

1 September 2022 (Khamis), bertempat di Aras P, Blok G, Menara JKR  telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 peringkat JKR) yang telah dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Sr Amran bin Haji Mohd Majid.

Program ini telah dihadiri lebih 100 orang warga JKR yang turut sama hadir memeriahkan majlis. Majlis telah dimeriahkan dengan laungan merdeka yang telah dilaungkan oleh YBhg. Dato’ Seri KPKR sendiri serta deklamasi sajak dua orang warga kerja CDPK. Pameran yang dibawa adalah Pameran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta Pameran Rukun Negara telah mula dibuka pada 29 Ogos 2022 yang lalu dan berakhir pada 2 September 2022.

Turut diadakan adalah aktiviti-aktiviti menarik seperti tayangan filem “Bukit Kepong”, Kuiz Online Kemerdekaan, Kuiz Uji Minda Merdeka serta Pertandingan Mewarna Warga JKR. Program seumpama ini telah menarik kehadiran warga JKR dan diharapkan dapat mencapai objektif program dalam menyemai penghayatan kemerdekaan di kalangan warga JKR.