Date: Jumaat, Mei 17, 2024

Pada 15 Mei 2024 (Rabu), bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) CDPK Tahun 2024-2025.

Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), CDPK ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin selaku Pengarah CDPK. Penghasilan dokumen Pelan Bisnes dan ERM CDPK 2024-2025 merupakan salah satu usaha CDPK bagi memantap dan memperkasakan pelaksanaan Pelan Bisnes dan ERM di CDPK.

Majlis disusuli dengan sesi penyerahan buku Pelan Bisnes dan Pelan ERM CDPK Tahun 2024-2025 oleh YBhg. Dato’ Pengarah CDPK kepada kesemua sepuluh (10) Bahagian di CDPK yang terdiri daripada: -

  1. Bahagian Pengurusan Kualiti;
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
  3. Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi;
  4. Bahagian Komunikasi Korporat;
  5. Bahagian Teknologi Maklumat;
  6. Bahagian Integriti;
  7. Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan;
  8. Bahagian Sekretariat;
  9. Bahagian Kewangan dan Akaun; dan
  10. Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik.

Melalui laman J-Portal, pengguna boleh terus memuat turun dokumen-dokumen tersebut sebagai rujukan. Semoga pelancaran ini akan mencetuskan momentum semangat kepada seluruh warga CDPK untuk terus komited dan konsisten dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif yang digarap dalam Pelan Bisnes CDPK dan strategi-strategi rawatan diketengahkan dalam Pelan ERM CDPK sekaligus menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang terbaik berteraskan kecemerlangan dan keberhasilan.