Date: Jumaat, September 15, 2023

JKR Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Wellness Month Dan Perasmian Penutupan Program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Tapak Bina JKR Malaysia Tahun 2023 pada 15 September 2023 (Jumaat) di Tapak Projek Meroboh dan Membina Semula Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Bersempena dengan itu, satu pelancaran dan perasmian penutupan telah diadakan dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik selaku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersama – sama dengan YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBrs. Dr. Nazlinda Binti Abu Jazid Javis, wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YBrs. Ir. Wan Hasnan Bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan serta YBrs. Komandan Syed Ahmad Bin Syed Jamaludin, wakil dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Sambutan Wellness Month ini merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation. Ini adalah platform terbaik untuk semua pegawai JKR bersama komuniti mengambil peluang bagi membentuk gaya hidup sihat serta menerapkan amalan yang menjadikan persekitaran sihat sebagai budaya di tempat kerja masing-masing.

Pada hari yang sama juga, JKR turut bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merealisasikan hasrat negara untuk mengurangkan kes denggi di tapak bina. JKR selaku agensi teknikal utama negara telahpun bersama-sama berkecimpung dalam Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kebangsaan sejak dari  tahun 2015 lagi. Pelbagai aktiviti telahpun dan sedang dilaksanakan di seluruh negara untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di tapak – tapak bina di bawah pengurusan  projek JKR.


Semoga program yang diadakan pada hari ini dapat menyuntik semangat berpasukan dalam kalangan pegawai JKR dan kontraktor bersama komuniti dalam membudayakan amalan sihat sepanjang masa. JKR Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan jutaan  terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan JKR Negeri Sembilan termasuklah Pasukan Kontraktor atas komitmen dan kerjasama yang erat dalam menjayakan program kali ini. Syabas semua.

program gotong royong perdana

program gotong royong perdana

program gotong royong perdana

program gotong royong perdana

program gotong royong perdana