Date: Isnin, November 21, 2022

MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENILAIAN KEADAAN ASET ATAS TALIAN (i-PKAAT), JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

BANGSAR, 8 NOVEMBER 2022 – Majlis Pelancaran Sistem Penilaian Keadaan Aset Atas Talian (i-PKAAT), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia semasa Persidangan 1st International Building Surveying Conference (IBSC 2022) yang telah diadakan pada 8hb & 9hb November 2022 bertempat di Pullman Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur.

Majlis Pelancaran i-PKAAT ini turut dihadiri dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman (Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia), YBrs. Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman (Timb. Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia - Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli Bin Haji Nasri (Pengarah Kanan, Caw. Perancangan Aset Bersepadu), YBhg. Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin​ (Pengarah, Caw. Dasar & Pengurusan Korporat), YBrs. Ir. Ahmad Paridz bin Abdullah (Wakil Ketua Disiplin Awam, JKR), YBrs. Ts. Fadzilah binti Sulaiman (Wakil Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan), YBrs. Sr Dr Syamilah binti Yakob (Ketua Urus Setia Disiplin Ukur Bangunan, JKR) dan Pegawai-pegawai Kanan daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.

Tujuan i-PKAAT ini diwujudkan adalah bagi memastikan pelaksanaan pemeriksaan mudah dilaksanakan disamping dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan yang mana masih mengekalkan konsep aplikasi BCARS namun ditambah baik bagi memenuhi objektif pembangunan aplikasi ini.

i-PKAAT merupakan aplikasi yang ditambah baik daripada aplikasi BCARS yang telah dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) pada tahun 2019 bagi tujuan pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian bangunan sebagaimana pematuhan kepada keperluan Garis panduan Pemeriksaan dan penilaian Bangunan Sedia Ada (JKR 21602-0004-13). Selain itu, i-PKAAT masih mengekalkan konsep yang aplikasi pemeriksaan asset bangunan yang merupakan satu sistem automatik dalam talian yang dapat menjimatkan masa pemeriksaan bangunan dan penyediaan pelaporan. Sistem ini terbahagi kepada Aplikasi Mudah Alih BCA (BCA Mobile App) dan Sistem Aplikasi Web sejajar dengan konsep IR 4.0. 

i-PKAAT ini ditambahbaik susulan daripada maklumbalas dan aduan penggunan yang telah menggunakan aplikasi BCARS. Penambahbaikan ini merangkumi Modul Penyelia, Modul Pentadbir, Modul Pemeriksa dan Modul Pelaporan serta Super Admin yang mana lebih mudah dan ringkas berbanding aplikasi BCARS. Penambahbaikan juga melibatkan Sistem Web dan Sistem Aplikasi Mudah Alih serta perluasan penggunaan kepada penguna IOS. Ini kerana aplikasi BCARS sebelum ini hanya terhad kepada pengguna Android sahaja dan kini i-PKAAT dapat diperluaskan untuk penggunan Android dan IOS yang lebih mesra pengguna. 

i-PKAAT akan digunakan bagi memudahkan pelaksanaan pemeriksaan sebagaimana berikut:-

  1. Pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian sedia ada bagi tujuan penarafan bangunan (BCA);

  2. Pelaksanaan pemeriksaan keadaan fasiliti bangunan untuk kerosakan dan pembaikan bangunan (FCA);

  3. Pelaksanaan pemeriksaan kajian kerosakan bagi bangunan warisan 

  4. (CaST)

  5. Pelaksanaan pemeriksaan tinjauan awalan bangunan;dan

  6. Pelaksanaan pemeriksaan tinjauan awalan bagi tujuan forensik struktur bangunan


Secara amnya, BCARS digunapakai oleh Cawangan-Cawangan di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang terlibat dengan pemeriksaan yang berkaitan, JKR Negeri dan juga JKR Daerah. Selaras dengan penambahbaikan sistem BCARS dan pemerkasaan BCA oleh Arahan Perbendaharaan P.B 1.3, i-PKAAT ini akan diperluaskan penggunaannya kepada seluruh Agensi Kerajaan dan dan juga Perunding Luar yang terlibat dengan pemeriksaan bangunan.

D:\Amirul CSFB JKR\Amirul\Jawatankuasa Ukur Bangunan 2021\BS Conference\BERITA\BERITA I-PKAAT\DSC_0062.JPG

D:\Amirul CSFB JKR\Amirul\Jawatankuasa Ukur Bangunan 2021\BS Conference\BERITA\BERITA I-PKAAT\DSC_0063.JPG


D:\Amirul CSFB JKR\Amirul\Jawatankuasa Ukur Bangunan 2021\BS Conference\BERITA\BERITA I-PKAAT\DSC_0073.JPG

D:\Amirul CSFB JKR\Amirul\Jawatankuasa Ukur Bangunan 2021\BS Conference\BERITA\BERITA I-PKAAT\DSC_0086.JPG



D:\Amirul CSFB JKR\Amirul\Jawatankuasa Ukur Bangunan 2021\BS Conference\BERITA\BERITA I-PKAAT\DSC_0102.JPG