Date: Selasa, Disember 14, 2021

Majlis Penganugerahan & Penyampaian Cemerlang Quality Assessment System in Construction (QLASSIC)  & Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) 2021 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diadakan pada 14 Disember 2021 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB Malaysia, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan dan mengiktiraf penggiat industri yang telah mencapai prestasi cemerlang dan memberangsangkan dalam kualiti pembinaan melalui penilaian QLASSIC dan SHASSIC.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Norman bin Md. Rabani dan Encik Hamdan bin Noh (JKR Kedah).

4 projek dari Jabatan Kerja Raya telah menerima penganugerah pada majlis kali ini. Dari 4 projek tersebut, 2 projek mendapat penganugerahan SHASSIC lima (5) bintang dan 2 projek mendapat penganugerahan QLASSIC.

2 projek yang mendapat penganugerahan SHASSIC lima (5) bintang ialah :-

  1. Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang, Selangor
  2. Projek Hospital Pendang, Kedah (Reka dan Bina)

Manakala 2 projek yang mendapat penganugerahan QLASSIC adalah :-

  1. Klinik Kesihatan Jenis 2 (Delima) di Taman Batu Muda, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Cadangan Kerja-kerja Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 3B), Kuala Lumpur

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah Hari QLASSIC dan SHASSIC 2021.