Date: Selasa, September 27, 2022

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah diadakan buat kali ke-7 pada hari Khamis, 22 September 2022 di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

 

Majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang meriah dan gilang gemilang buat pertama kali dalam fasa pasca pandemik dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi JKR Malaysia, ketua-ketua jabatan JKR Cawangan Ibu Pejabat dan JKR Cawangan Negeri, Pemilik Kompetensi, Panel Penilai, para penerima pensijilan serta warga kerja CREaTE. Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022  ini diadakan bagi memberi pentauliahan kepada Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan, berdasarkan kepada pengalaman, kemahiran dan kepakaran tertentu, yang telah menepati piawaian pensijilan JKR.

 

Upacara majlis tersebut telah dimulakan dengan taklimat keselamatan, bacaan doa dan tayangan montaj Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022, disusuli oleh ucapan alu-aluan oleh YBrs. Pengarah Kanan CREaTE. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Pihak CREaTE berasa amat berbesar hati di atas kesudian YBhg. Dato’ Seri KPKR menyampaikan sijil-sijil bagi Pensijilan Kompetensi Teknikal Tahap 4, Pensijilan Value Manager, Sijil Penghargaan Panel Penilai yang diwakili oleh Ketua-Ketua Disiplin, dan penyampaian secara simbolik Pensijilan Pengurus Projek  Pembinaan (Certified Construction Project Management - CCPM) kepada YBrs. Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB). Penyampaian Pensijilan Tahap 3 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, Sektor Bangunan dan Sektor Pakar, manakala Pensijilan Tahap 2 telah disampaikan oleh Ketua Disiplin Awam, Mekanikal, Elektrik, Arkitek, Ukur Bahan dan Pelbagai.

 

Semoga dengan penganugerahan ini pegawai JKR akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan lagi potensi dan prestasi mereka dalam bidang teknikal mahupun sahsiah diri. Diharapkan majlis anugerah ini akan menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai yang lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia.

 

Pihak Urus Setia Pensijilan Tahun 2022 bagi pihak CREaTE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022. Semoga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini akan terus meletakkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal kerajaan yang unggul dan terulung. 

 

Layari laman sesawang rasmi CREaTE dan laman sosial CREaTE di Facebook, Twitter dan YouTube untuk berita penuh dengan menekan link pautan berikut;

 

Laman sesawang rasmi CREaTE

http://www.createjkr.gov.my/ (link is external)

Facebook : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02noLUd3KN6JquSDA9PQC7poB3qCXVoy9qTKF9H1u1k534wmERrbG5T2TiaY1Xjwnnl&id=100069053325264 (link is external)

Twitter : https://twitter.com/createjkr/status/1573240752842616833?s=48&t=STN7whEK7MEOVSh2LriKgw (link is external)

YouTube : https://youtu.be/1dpYDSyPa1A (link is external)

YouTube : https://youtu.be/lnBN8tPS8W4 (link is external)

Youtube : https://youtu.be/W5uwolfnOdU (link is external)