Date: Sabtu, November 4, 2023

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023 telah diadakan buat kali ke-8 pada hari Khamis, 2 November 2023 di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang meriah dan gilang gemilang dihadiri oleh      YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam-Zam Bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool Ketua Pengarah Kerja Raya,barisan pengurusan tertinggi JKR Malaysia, ketua-ketua jabatan JKR Cawangan Ibu Pejabat dan JKR Cawangan Negeri, Pemilik Kompetensi, Panel Penilai, para penerima pensijilan serta warga kerja CREaTE. Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023 ini diadakan bagi memberi pentauliahan kepada Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan, berdasarkan kepada pengalaman, kemahiran dan kepakaran tertentu, yang telah menepati piawaian pensijilan JKR.

Pihak CREaTE berasa amat berbesar hati di atas kesudian Menteri Kerja Raya untuk menyampaikan sijil-sijil bagi Pensijilan Kompetensi Teknikal Tahap 4. Penyampaian Sijil Penghargaan Panel Penilai yang diwakili oleh Ketua-Ketua Disiplin dan Ketua Kompetensi, Pensijilan Kompetensi Pengurusan Projek, Pensijillan Pengurus Nilai dan Pensijilan Tahap 3 telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Timbalan Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid turut menyampaikan sijil-sijil penerima Pensijilan Tahap 3. Bagi penyampaian sijil-sijil Tahap 2 pula disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra dan Sektor Bangunan masing-masing, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik.

Semoga dengan penganugerahan ini pegawai JKR akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan lagi potensi dan prestasi mereka dalam bidang teknikal mahupun sahsiah diri. Diharapkan majlis anugerah ini akan menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai yang lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Pihak Urus Setia Pensijilan Tahun 2023 bagi pihak CREaTE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023. Semoga Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023 ini akan terus meletakkan nama Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal kerajaan yang unggul dan terulung.

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan

pensijilan