Date: Isnin, November 15, 2021

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021 telah diadakan pada 27 Oktober 2021 (Rabu) bertempat di Aras 2 Menara Kerja Raya 2 yang turut disiarkan secara langsung melalui You Tube CREaTE JKR. Seramai 259 pegawai JKR yang telah dianugerahkan dengan Sijil Kompetensi dalam pelbagai disiplin dan tahap.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Pengarah Kanan CREaTE, Ir. Razhiah Binti Wahab dan disusuli dengan ucaptama dan perasmian oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman. Penganugerahan sijil kompetensi telah disampaikan secara simbolik oleh Y.Bhg. Dato’ KPKR kepada semua Ketua Disiplin dan Kompetensi yang terlibat.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan KPKR Sektor Infra, Timbalan KPKR Sektor Bangunan dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Sijil Kompetensi bagi tahun 2021.

Senarai nama penerima, Panel Penilai dan Pemilik Kompetensi bagi Program Pensijilan 2021 adalah seperti Buku Program Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021.

Majlis ini boleh ditonton melalui pautan seperti berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=Y5cdIl1o8CU (link is external)

“KOMPETENSI TRANSFORMASI TEKNOLOGI”

Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman

Pengarah Kanan CREaTE, Ir. Razhiah Binti Wahab

Ketua Disiplin Awam, Ir. Mohamed Amin Bin Kasim

Ketua Disiplin Mekanikal, Ir. Haji Zulkifli Bin Abdul Rashad

Ketua Disiplin Elektrik, Ir. Haizan Binti Shaffii

Ketua Disiplin Arkitek, Ar. Ibrahim Bin Isa

Wakil Ketua Disiplin Ukur Bahan, Sr Suhaila Bin Sulaiman

Ketua Kompetensi Building Information Modelling, Pengurusan Aset dan Fasiliti, Pengurus Nilai dan Building Performance Assessment

Para jemputan yang turut hadir

Urus Setia Program