Date: Khamis, March 14, 2019

Majlis Penghargaan dan Persaraan Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah diadakan pada 14 Mac 2019 jam 11.30 pagi di Dewan Tan Sri Mahfuz, KKR. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sebagai KPKR dan serta jasa bakti beliau kepada JKR sepanjang 37 tahun tempoh perkhidmatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian, YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd. Tahir Timbalan Menteri,  YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan KSU KKR, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Timbalan-timbalan KSU, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JKR, Pegawai-pegawai Tinggi JKR, Pegawai-pegawai Kanan JKR, Jurutera-Jurutera Daerah serta seluruh warga JKR.

Majlis ‘Jasa Dikenang, Budi Disanjung’ ini menggunakakan tema ‘National Geographic’ dan turut diserikan dengan persembahan khas oleh pegawai-pegawai JKR. Sesi penyerahan cenderahati oleh pengarah-pengarah cawangan dan negeri serta wakil jurutera daerah turut diadakan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Dato’ Sri KPKR. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.