Date: Selasa, Oktober 1, 2019

Majlis penghargaan dan persaraan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Osman telah diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang pada 30 September 2019 dengan tema "Sedetik Bersama, Seabad Mesra". Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sebagai KPKR dan serta jasa bakti beliau kepada JKR sepanjang 37 tahun tempoh perkhidmatan.

Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan-timbalan KSU, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JKR, Pegawai-pegawai Tinggi JKR, Pegawai-pegawai Kanan JKR, Jurutera-Jurutera Daerah serta seluruh warga JKR.

Majlis ‘Sedetik Bersama, Seabad Mesra’ ini menggunakakan tema klasik dan turut diserikan dengan persembahan khas oleh pegawai-pegawai JKR. Sesi penyerahan cenderahati oleh pengarah-pengarah cawangan dan negeri serta jurutera daerah turut diadakan.

Majlis diakhiri dengan YBhg. Dato’ KPKR mengetik kad perakam waktu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan sebagai penjawat awam dan sesi bergambar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.