Date: Rabu, Disember 27, 2023

Majlis Pengiklanan Tender Perdana bagi Projek Operasi, Senggara, Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai Dan Naiktaraf (OSPPUN) Di Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 (Fasa Ketiga Belas. Fasa Keempat Belas, Fasa Kelima Belas Dan Fasa Tambahan)  dan Majlis Serahan Sijil Penghargaan kepada semua pegawai JKR Negeri Terengganu yang terlibat dengan Projek OSPPUN KPM telah diadakan pada 20 Disember 2023 (Rabu) di Aras 12, Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu,Terengganu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu beserta YBrs. En. Anuar Bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Shahril Bin Shamsudin, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu (Pentadbiran & Kewangan), YBrs. Ir. Haji Mohamad Alwi Bin Mat Zin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian CPAB & Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, serta pasukan projek HOPT dan HODT.

Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj sepanjang proses perancangan sehingga ke pengiklanan  diikuti majlis sesi Pengiklanan Tender Perdana bagi Projek (OSPPUN) KPM dan Majlis Serahan Sijil Penghargaan kepada semua pegawai Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu yang terlibat dengan Projek (OSPPUN) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Projek ini telah diluluskan untuk pelaksanaan dengan jumlah 49 buah sekolah tersenarai di peringkat Negeri Terengganu dengan KPM sebagai agensi pelanggan dan pihak sekolah yang tersenarai adalah sebagai pengguna. Objektif pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan matlamat KPM dalam menyediakan fasiliti yang kondusif untuk kegunaan warga pendidik serta pelajar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya Malaysia, Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu,  Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Bahagian Kejuruteraan Awam dan Struktur Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Terengganu, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Terengganu, dan JKR Daerah dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.

majlis iklan tender perdana

majlis iklan tender perdana

majlis iklan tender perdana

majlis iklan tender perdana

majlis iklan tender perdana

majlis iklan tender perdana