Date: Rabu, Januari 18, 2017

Majlis Pentauliahan Pengurus Projek Bertauliah Pasukan PBLT telah diadakan pada 12 januari 2017 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. sembilan (9) orang calon Pasukan BLT telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek Bertauliah kerana telah berjaya menjalani program pensijilan ini dengan jayanya. Program yang dijadualkan selama enam (6) bulan ini bermula pada 25hb. Ogos 2016 dimana pada tarikh tersebut juga Dokumen Perjanjian Perkhidmatan Latihan bagi pelaksanaan Program Pensijilan Pengurus Projek PBLT ini telah ditandatangani antara Jabatan Kerja Raya malaysia (JKR), Pertubuhan Pengurusan Aset & Projek Malaysia (MAPMA) dan Pembinaan BLT Sdn. Bhd. (PBLT).  Program ini juga merupakan yang pertama kali diadakan melibatkan kerjasama antara JKR dan agensi luar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Roslan Bin Md Taha.