Hari kedua Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023 pada 8 Mac 2023 diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman.
Seminar yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah berjaya menarik minat pengamal industri pembinaan jalan raya dari seluruh dunia, dimana sebanyak 17 kertas teknikal telah dibentangkan oleh lebih daripada 15 orang speaker jemputan sepanjang seminar berlangsung.
Antara topik yang menjadi perhatian pembentang dan para peserta adalah berkaitan teknologi kitar semula turapan. Penggunaan bahan turapan yang dikitar semula adalah merupakan satu usaha yang amat digalakkan dalam memelihara persekitaran semula jadi dan mengurangkan sisa. Selain itu, pelbagai perbincangan berunsurkan kertas kerja berkaitan teknologi baharu, penyelidikan dan inisiatif ke arah usaha mendapatkan kos yang lebih efektif dalam pembinaan jalan raya yang mampan, lestari dan berdaya tahan turut dibincangkan.
Pada hari terakhir KLIPS 2023 pula, peserta akan dibawa ke beberapa lokasi lawatan teknikal seperti berikut:
- Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Ikram Paves Sdn Bhd (IPSB)
- Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE)
- 701 bacaan