Date: Khamis, Disember 2, 2021

Majlis Penyerahan Anugerah Kontraktor Cemerlang JKR Malaysia Tahun 2021 telah diadakan pada 2 Disember 2021 (Khamis) yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Menteri Kanan Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengerah Kerja Raya dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.

Sebanyak tujuh (7) kategori anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu kategori;

  1. Bangunan;
  2. Infrastruktur;
  3. Mekanikal dan Elektrikal;
  4. Sub-Kontraktor Dilantik;
  5. Pengurusan Fasiliti Bangunan;
  6. Pengurusan Trafik Tapak Bina Bagi Projek Jalan; dan
  7. Pembinaan Hijau

 

Dengan adanya pengiktirafan seperti ini, ia dapat dijadikan sebagai salah satu platform untuk jalinan kerjasama yang baik antara JKR dan pihak kontraktor untuk terus mengekalkan produktiviti dan kecemerlangan dalam melaksanakan projek-projek di JKR pada masa hadapan dengan menitikberatkan kelastarian alam, kualiti mahupun integriti.

Lantaran itu, ia turut memberi semangat kebersamaan dan kesepaduan yang jitu demi merancakkan kembali sektor pembinaan negara ke arah yang lebih inklusif dan dinamik sejajar dengan konsep yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu ‘Keluarga Malaysia’.

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Kontraktor Cemerlang JKR Malaysia Tahun 2021.