Date: Selasa, Mei 7, 2024

Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR adalah merupakan inisiatif JKR sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasangan mentor dan menti sepanjang pelaksanaan program ini selama 6 bulan. Seramai 30 pasangan mentor dan menti telah bertanding dalam Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2023. Di samping itu, Anugerah Penyelaras Terbaik Program Pementoran JKR Tahun 2023 turut dipertandingkan bagi menghargai sumbangan Penyelaras pementoran JKR dalam memastikan program berjalan lancar.

Seramai 30 cawangan/ JKR negeri telah menghantar wakil untuk menyertai sesi akhir pembentangan. Pemilihan pemenang anugerah ini ditentukan oleh panel penilai yang berpengalaman dalam bidang pementoran. Panel penilai yang dilantik adalah terdiri daripada Pegawai Psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2023 telah diadakan pada 22 April 2024 bersempena dengan Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil. 1/2024. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman B. Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya.

Pemenang Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR Malaysia Tahun 2023 dan Penyelaras Pementoran Terbaik JKR Tahun 2023 adalah:

  1. Tempat pertama : Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat;
  2. Tempat kedua: Pasukan Projek Khas 1; 
  3. Tempat ketiga: Cawangan Arkitek;

Manakala bagi Anugerah Penyelaras Pementoran terbaik Tahun 2023 adalah daripada Cawangan Jalan.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2023. Semoga anugerah ini memberi inspirasi kepada warga JKR untuk lebih cemerlang, terbilang dan gemilang.

p11

TEMPAT PERTAMA

CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT

Ir. NORAIN BINTI OSMAN (MENTOR)

DR. NURHIDAYAH BINTI ABD HALIM (MENTI)

 

TEMPAT KEDUA

PASUKAN PROJEK KHAS 1

EN. ANUAR BIN MOHD AZLAN (MENTOR)

PUAN NOR ASMANIDA BINTI YAACOB (MENTI)

 

TEMPAT KETIGA

CAWANGAN ARKITEK

PUAN ZURAIDA BINTI IDRIS (MENTOR)

PUAN NUR AZIZAH BINTI JAAFAR (MENTI)

 

ANUGERAH PENYELARAS PEMENTORAN TERBAIK TAHUN 2023

CAWANGAN JALAN

Ir. NOOR AZIAH BINTI TARMIZI