Date: Isnin, November 20, 2017

Majlis penyampaian Sijil EKSA telah diadakan pada 17 November 2017 oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha semasa Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil.6/ 2017, di atas kejayaan penganugerahan pensijilan oleh MAMPU Kategori: Cemerlang kepada pejabat – pejabat berikut;

Untuk makluman juga, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai pejabat perintis pelaksanaan EKSA DIY. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan Mesyuarat Khas Penilaian Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara pada 1 Mac 2016 yang memutuskan bahawa agensi yang telah memperolehi penarafan 5 Bintang dalam penilaian Indeks SSR pada tahun 2015 boleh melaksanakan penilaian secara EKSA DIY.

Tahniah dan syabas diucapkan. Diharapkan dengan kejayaan pelaksanaan dan pengiktirafan EKSA ini berjaya mewujudkan suasana kerja yang selesa dan kondusif serta meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan JKR.