Date: Rabu, Julai 29, 2020

Pada 29 Julai 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) Jabatan Kerja Raya yang diadakan di Dewan Utama CREaTE. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohammad Zulkefly Bin Sulaiman Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Hj. Suhaimie Bin Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Pengurusan), serta YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan), dan Pengarah-pengarah Kanan JKR.

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pegawai SME dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pegawai-pegawai SME yang menerima surat kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Selain penyampaian surat kenaikan pangkat, YBhg. Dato’.KPPA turut menghadiri lawatan ke pameran SME dan makmal kejuruteraan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di atas kesudian melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Jutaan terima kasih kepada JPA yang telah banyak membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai SME yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dan kenaikan pangkat .Pengiktirafan ini juga diharap dapat meningkatkan komitmen pegawai SME JKR untuk terus memberi sumbangan terbaik kepada jabatan dan negara.

Ir Mohd Hizam bin Harun

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Pavement).

 

Ar. Yong Razidah Rashid

Sustainable Infrastructure & Building Sustainable Development

 

Ar Hasnah bt Yun

Building Design Engineering Specialised Planning And Building Design: Health Facility

 

Ir. Dr. Abdul Rahman Tasir

Building Design Engineering Information And Communication Technology Infrastructure (Electrical).

 

Ir. Razhiah binti Wahab

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Geometric).

 

Ir. Abdul Rahman bin Baharuddin

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Accident Scene Forensic Investigation)

 

Ir. Shamsudin bin Sabri

Infrastructure Design Engineering Road, Traffic And Transportation Engineering (Highway And Road Planning)

 

Sr. Husnan bin Hussin

Cost Engineering

 

Sr. Maselawati binti Shamsuddin

Dispute Resolution Consultancy

 

Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman

Sustainable Infrastructure & Building Conservation

 

Sr. Rohanis binti Ab Ghani

Pengurusan Nilai (Value Management)