Date: Jumaat, Oktober 11, 2024
Majlis Penyerahan bagi Lapan (8) Projek Siap JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 9 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg.  Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Norman bin Haji Md Rabani, Pengarah JKR WP Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa dan YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia dan kementerian/ agensi pelanggan serta pihak kontraktor yang terlibat.
 
Kos keseluruhan projek yang telah siap ini berjumlah RM 47.19 juta yang melibatkan skop kerja pembinaan bangunan baharu, kerja-kerja naiktaraf, penggantian sistem mekanikal serta kerja-kerja pembaikan cerun.
Projek-projek yang terlibat adalah seperti berikut:
 
  1. UPNM – Pembinaan Kompleks Penyelidikan.
  2. Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.
  3. Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
  4. Kerja-Kerja Pembaikan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
  5. Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur
  6. Kerja-Kerja Pembaikan Dan Kerosakan Di Bangunan Lembaga Peperiksaan Kuala Lumpur.
  7. Kerja-Kerja Penggantian Bumbung Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
  8. Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Sistem  Penyaman Udara Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menzahirkan setinggi- tinggi  ucapan  terima kasih  kepada semua  pihak  yang  terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek-projek ini.
 
#JasaKepadaRakyat
#KitaJKR
#JKRsynergy