Date: Selasa, Februari 2, 2021

,MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU BENGKEL KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN, BENGKEL KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, BENGKEL KEJURUTERAAN AWAM DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI KOLEJ VOKASIONAL ARAU, ARAU PERLIS. (PROGRAM CONVERSION SMV KE KOLEJ VOKASIONAL 7 KOLEJ RINTIS)

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bangunan Baru Bengkel Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan, Bengkel Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Bengkel Kejuruteraan Awam Dan Lain-Lain Kemudahan Di Kolej Vokasional Arau, Arau Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Januari 2021 (Khamis) bertempat di Kolej Vokasional Arau, Perlis. Projek ini merupakan Kolej Vokasional Perintis yang mempunyai 7 Bengkel Vokasional yang terbesar di bawah Program Conversion SMV Ke Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis.


Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan penyerahan kunci bangunan secara fizikal oleh YBrs. Tuan Syed Zubir Bin Syed Husin, Pengarah JKR Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs. Encik Mohd Jelani Bin Yaacob, Pengarah Kolej Vokasional Arau, Perlis. Majlis penyerahan ini diadakan secara ringkas dengan mematuhi SOP selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dipantau bersama Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) Zon Utara. JKR Negeri Perlis telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Azhar Ahmad Construction Sdn. Bhd. Projek ini diberi pemilikan tapak pada 23 Januari 2018 dan disiapkan 20 Januari 2021.


Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan siling projek sebanyak RM 15.9 juta dan kos penyiapan projek ini adalah RM 13.4 juta. Bangunan yang terlibat membabitkan tujuh (7) blok bengkel utama dan lain-lain kemudahan seperti berikut :


1. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Pembinaan 2 Tingkat,
2. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Kimpalan,
3. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara,
4. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Pemesinan Industri,
5. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Automotif 2 Tingkat,
6. 1 Unit Blok Bengkel Teknologi Elektrik High & Low Voltage) ; Bengkel Elektronik - Pneumatik & Hidraulik, Microcontroller/Robotik & Audio Video 2 Tingkat,
7. 1 Unit Blok Bengkel Elektrik Domestic Dan Concealed Wiring.
8. 2 Unit Blok Tandas Berpusat
9. 1 Unit Rumah Pencawang Elektrik
10. 2 Unit Blok Rumah Pam Tangki Sedut
11. 2 Unit Blok Rumah Pam Pencegahan Kebakaran
12. 2 Unit Blok Tangki Septik


Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan pengajaran dengan persekitaran yang kondusif agar dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi pensyarah-pensyarah serta membangunkan modal insan yang holistik.
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 iaitu:


1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 20 Januari 2021;
2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JKR Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa Projek, Wakil Pegawai Penguasa, Pasukan Projek HOPT dan HODT serta Kontraktor Utama seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.