Date: Selasa, April 26, 2022
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Tambahan Blok Baru, Hospital Putrajaya telah diadakan pada 22 April 2022 (Jumaat) bertempat di Blok Baru, Hospital Putrajaya yang kini dinamakan sebagai Institut Endokrin pada jam 3.00 petang.
 
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaludin, Menteri Kesihatan Malaysia melalui upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefl bin Sulaiman Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang disaksikan oleh TKP Sektor Bangunan JKR dan KP Kesihatan.
 
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan replika kunci oleh Encik Bernie Ooi, Pengarah Urusan George Kent (Malaysia) Berhad selaku kontraktor projek ini kepada KPKR dan seterusnya kepada KSU KKM sebagai simbolik penyerahan bangunan.
 
Majlis Penyerahan ini turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, YBhg. Datin Ar. Yong Razidah binti Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, YBrs. Ir. Hj Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Kanan Cawangan Mekanikal, Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Elektrik, YBrs. Ir. Hanizan binti Shaffii selain wakil-wakil HODT yang terlibat dengan projek ini iaitu dari Unit BIM, Unit Aset, Cawangan Arkitek, Cawangan Ukur Bahan, Cawangan Elektrik, Cawangan Mekanikal serta kakitangan Pasukan Projek Khas 1 yang terlibat dengan projek ini.  
 
Projek ini telah bermula pada 16.01.2017 dan disiapkan pada 8.4.2022 melalui kaedah pelaksanaan secara Reka & Bina oleh kontraktor yang dilantik secara Tender Terhad, George Kent (Malaysia) Berhad. Skop projek ini melibatkan pembinaan 1 blok hospital 10 tingkat, 1 blok tempat letak kereta yang mampu memuatkan 700 buah kereta dan 175 buah motorsikal, 1 blok mekanikal dan penyelenggaraan serta link bridge yang menghubungkan blok baru dengan hospital sedia ada.
 
Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Diharapkan pihak kontraktor dapat mengekalkan momentum untuk meneruskan tanggungjawab selama 24 bulan tempoh tanggungan kecacatan berjalan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahagian Pembangunan KKM, Bahagian Perancang KKM, Pengurusan dan Pakar-Pakar Hospital Putrajaya, Pakar Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, HOPT 2 Cawangan Kerja Kesihatan, semua HODT, Unit BIM JKR dan juga Unit Aset JKR yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.